Archive for June, 2009

MAINKATA Contest #012

* Klik pada rajah untuk saiz lebih besar.

PERATURAN:

  1. Cari seberapa banyak perkataan Bahasa Melayu daripada rajah di atas.
  2. Setiap perkataan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 7 huruf dan huruf-huruf itu haruslah bersambung secara mendatar, menegak, atau diagonal, dan tersusun sama ada secara betul atau terbalik.
  3. Hanya kata dasar sahaja diterima. Perkataan berimbuhan, berganda, akronim, nama khas, dsb. tidak diterima.
  4. Anda hanya boleh berikan 3 komen/jawapan maksima setiap hari. Jawapan haruslah diberikan satu persatu (1 komen, 1 jawapan).
  5. Berikan jawapan anda dengan cara menjawab yang betul.
  6. 10 peserta yang dapat berikan jawapan betul terbanyak di akhir peraduan ini akan dikira sebagai pemenang.
  7. Hadiah adalah seperti berikut: Pertama - RM15.00; Kedua - RM10.00; Ketiga - RM5.00; Ke-4, Ke-5, Ke-6 - RM3.00 setiap seorang; Ke-7, Ke-8, Ke-9, Ke-10 - RM1.00 setiap seorang.
  8. Contest #012 ini bermula sekarang dan akan berakhir pada jam 11.30 malam 1 Julai 2009.
  9. Keputusan adalah muktamad.

CARA MENJAWAB:

  1. Lihat CONTOH jawapan - “STANDING” di atas.
  2. Lihat pada huruf pertama perkataan itu - “S”.
  3. Perhatikan koordinat huruf pertama itu (Row “A”, Column “16″) - A16
  4. Taipkan jawapan anda seperti berikut: “A16 - STANDING” atau “A16: STANDING” dsb, asalkan koordinat huruf pertama diberikan bersama-sama dengan perkataan itu.
  5. Selamat mencuba!

:)

MAINKATA™ Contest #011 RESULTS!!

Berikut adalah para pemenang Contest #011:

1. DIXON, 174 MARKAH - RM 15.00

2. SALMI, 164 MARKAH - RM 10.00 + RM 3.00*

3. MEIN, 161 MARKAH - RM 5.00

4. HAFIZ, 146 MARKAH - RM 3.00

5. CARMEIN, 131 MARKAH - RM 3.00

6. UDENIKOV, 88 MARKAH - RM 3.00

7. EDA, 45 MARKAH - RM 1.00

8. ADZFAR AIMAN, 40 MARKAH - RM 1.00

9. FARAH, 32 MARKAH - RM 1.00

10. RUDZ, 29 MARKAH - RM 1.00

* Bagi hadiah bonus kepada peserta yang memberikan perkataan yang mempunyai nilai markah tertinggi, kita ada 2 peserta, iaitu LING (PEPUNDEN - 22 MARKAH) dan SALMI (PENDIPUN - 22 MARKAH). Walau bagaimanapun, hanya 1 pemenang sahaja, iaitu Salmi, yang berjaya mendapat wang tambahan RM3.00 ini kerana beliau lebih cepat memberikan jawapan daripada Ling.

Senarai penuh jawapan-jawapan yang diterima akan dipaparkan di Facebook Group MAINKATA™.

Tahniah kepada para pemenang!

Tahniah juga kepada peserta-peserta baru kita: LINGSHARMA, LING, KIM, EDA, CARMEIN, ASHRAF, SYA HISHAM, dan SHIDAH…

Contest #012 akan menyusul…

Contest #011: PiramidaKata

Contest #011: PiramidaKata

Contest kita bersambung lagi.  Peraturannya seperti biasa…

1. Bina perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang mempunyai sekurang-kurangnya 4 huruf.

2. Anda boleh menggunakan huruf-huruf di atas seberapa banyak kali yang anda mahu untuk membina perkataan-perkataan anda.

3. Kata dasar sahaja diterima. Imbuhan, nama khas, kata ganda, dsb. tidak diterima.

4. Anda hanya boleh memberikan 1 jawapan sahaja dalam setiap komen, 3 komen/jawapan maksima sehari.

5. Setiap huruf ada markahnya yang tersendiri. Jumlah markah bagi setiap perkataan yang anda berikan akan dikumpulkan sehingga peraduan ini tamat.

Contoh: B-E-N-D-I (3+1+3+3+1 = 11 markah)

6. 10 Peserta yang dapat mengumpulkan markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

7. Hadiah adalah seperti berikut: Pertama - RM15.00; Kedua - RM10.00; Ketiga - RM5.00; Ke-4, Ke-5, Ke-6 - RM3.00 setiap seorang; Ke-7, Ke-8, Ke-9, Ke-10 - RM1.00 setiap seorang.

8. Peserta yang membina perkataan yang mempunyai markah tertinggi akan diberikan bonus RM3.00.

9. Contest #011 ini bermula sekarang dan akan berakhir pada jam 11.30 malam 19 Jun 2009.

10. Segala keputusan adalah muktamad.

Semalam, 31 Mei 2009 telah berakhirnya peraduan MAINKATA™ sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2009. Buat masa sekarang kami sedang mengumpul kesemua borang peraduan yang diterima untuk dianalisa satu persatu.

Keputusan bakal diumumkan dalam masa 1 bulan.

Sementara itu, Contest #011 akan dipaparkan tidak lama lagi…

Kepada mereka yang masih tidak lagi menyertai Facebook Group MAINKATA™ Malaysia, anda boleh menyertai kami di sini:

http://www.facebook.com/group.php?gid=54403811402