Sementara menunggu keputusan Contest #013 (mintak ampun… sebab lambat sangat… hehe), apa kata kita teruskan dengan Contest #014. PIRAMIDAKATA!!

Contest #014: PIRAMIDAKATA ini dibawakan kepada anda oleh…
PERATURAN
- Bina perkataan-perkataan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 huruf.
- Anda boleh menggunakan huruf-huruf di atas seberapa banyak kali yang anda mahu untuk membina perkataan-perkataan anda.
- Perkataan berimbuhan, nama khas, kata ganda, dsb. tidak diterima.
- Anda hanya boleh memberikan 1 jawapan sahaja dalam setiap komen, 3 komen/jawapan maksima sehari.
- Setiap huruf ada markahnya yang tersendiri. Jumlah markah bagi setiap perkataan yang anda berikan akan dikumpulkan sehingga peraduan ini tamat. Contoh: L-I-T-A-R (3+1+3+1+3 = 11 markah)
- 10 Peserta yang dapat mengumpulkan markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
- Hadiah adalah seperti berikut: Pertama - RM15.00; Kedua - RM10.00; Ketiga - RM5.00; Ke-4, Ke-5, Ke-6 - RM3.00 setiap seorang; Ke-7, Ke-8, Ke-9, Ke-10 - RM1.00 setiap seorang.
- Peserta yang membina perkataan yang mempunyai markah tertinggi akan diberikan bonus RM3.00.
- Contest #014 ini bermula sekarang dan akan berakhir pada jam 11.30 malam 9 Ogos 2009.
- Segala keputusan terletak di atas budi bicara penganjur dan adalah muktamad.







.gif)